berita

Black Hanifah Masih Waras, Tak Buat ‘Cuci Duit’ – ‘Aku Banyak Show Lah! Ada Perniagaan Villa & Kapal’

April 23rd, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Black Hanifah

Penyanyi Black Hanifah meminta segelintir pihak berhenti menuduh dirinya melakukan aktiviti pengubahan wang haram atau ‘cuci duit’.

Artikel Berkaitan: Black Hanifah Syukur Masih Dipanggil Buat ‘Show’, Nafi Terlibat Dengan Sindiket ‘Cuci Duit’ – ‘Kalau Nak Check Anytime Pun Boleh, Saya Berani’

Artikel Berkaitan: Didakwa Beli Kapal Mewah Hasil ‘Cuci Duit’, Black Hanifah Kena Serangan Anxiety

Maafkan yang buat spekulasi

Black Hanifah

Tidak menyimpan dendam, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah berkata dia mengambil pendekatan untuk memaafkan pihak yang membuat spekulasi tidak benar itu.

Jelas Black, kehidupannya dilihat senang dan mewah hasil daripada perniagaan yang diusahakan selain masih aktif sebagai penyanyi.

Tahun lepas ramai yang apabila berjumpa saya, mereka akan kata ‘eh ini abang cuci duit’.

Saya rasa sudah tiba masanya untuk berhenti cakap semua itu (abang cuci duit). Sekarang ini sudah terbukti saya ada perniagaan sendiri dan masih berada dalam industri.

Perniagaan yang saya buat seperti villa dan kapal. Modal untuk adakan semua itu semua hasil daripada duit simpanan saya.

Saya maafkan mereka yang mungkin tidak tahu cerita sebenar. Saya tidak ambil hati. Sebaliknya saya berterima kasih kerana ambil berat tentang saya. Jangan risau, saya masih waras.

Black berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.

Dalam temu bual sama, pelantun lagu Teman Pengganti itu berkata dia masih waras dan tahu batas agama sekiranya mahu melakukan aktiviti ‘cuci duit’ yang sememangnya salah dari sudut undang-undang.

Saya lelaki beragama Islam. Saya tahu batas-batas agama. Saya tahu keberkatan dalam mencari rezeki itu sangat penting. Kerana semua rezeki itu akan diberikan untuk anak-anak, isteri dan keluarga.

Pun begitu masih ada yang komen di media sosial saya kata ‘betul ke masih ada show?’. Follow la Instagram saya akan nampak saya post semua show yang saya buat setiap minggu.

Alhamdulillah masih ada jemputan untuk buat persembahan. Aku banyak show lah. Nanti jumpa depan-depan, tanya saya terus.

Terdahulu, timbul spekulasi Black melakukan aktiviti ‘cuci duit’ selepas tular sepotong video dia memiliki sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi.

Sumber: Melodi

SKIP THIS AD ×