Jika anda seorang peminat tegar penyanyi program bintang realiti, Black pasti anda sudah sedia maklum betapa bahagianya kehidupan jejaka tersebut dengan isterinya, Cira Khairi.
Saban hari, ada sahaja foto dan caption romantis berunsur jenaka diluahkan oleh pasangan ‘sempoi’ ini di laman Instagram mereka.
Bagaimanapun, OHBULAN! agak terkejut apabila menerima sekeping foto mengandungi luahan rasa Black yang kelihatan seperti marah terhadap seseorang dan ianya sekaligus telah mengundang tanda tanya di kalangan peminat tegar penyanyi tersebut.
Luahan perasaan Black di Instagram
Namun ketika dihubungi semalam, Cira memberitahu bahawa status tersebut tidak ditujukan buat para peminat dan memaklumkan bahawa ianya merupakan masalah dalaman keluarga.
Sebenarnya tiada apapun dengan status tersebut, cuma adalah masalah peribadi keluarga sedikit. Namun, ia bukanlah ditujukan untuk para peminat. Tapi semua okay sahaja.
Cira memberitahu bahawa status tersebut adalah berkenaan masalah keluarga
Sudah adat bergelar seorang selebriti, setiap pergerakan dan status akan menjadi perhatian para peminat yang sentiasa ingin tahu menganai perkembangan artis kesayangan mereka.
Walauapapun masalah yang sedang dihadapi oleh Black dengan keluarganya, diharap ianya dapat diselesaikan dengan baik.