
Sebuah filem aksi berjudul Blood Brothers yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 10 April ini terus menghangatkan sambutan Ramadan dengan siri jelajah istimewa di bazar terpilih.
Artikel Berkaitan: Blood Brothers Bakal Ditayang Pada 10 April, Dijangka Filem Aksi Paling Meletup Tahun Ini!
Artikel Berkaitan: Pelakon Blood Brothers Bakal Jelajah Bazar Ramadan, Beri Pengalaman Ekslusif Kepada ‘Brotherhood’
Penangan Blood Brothers
Terbaharu, Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2025 di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC) menjadi lokasi ketiga selepas kejayaan di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri Cheras dan Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya.
Peminat filem aksi tempatan membanjiri acara tersebut untuk bertemu barisan pelakon utama seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Andy Teh, Amir Nadis, Tracie Sinidol, dan Mikael Noah.
Suasana gamat dengan interaksi mesra, aktiviti menarik seperti permainan pentas dan persembahan daripada Muzza, serta istimewa sedutan aksi mendebarkan daripada Blood Brothers membuatkan ramai teruja.
Menurut Sharnaaz, dia tidak menyangka dengan sokongan dan sambutan yang diberikan peminat.
Kami sangat teruja melihat sokongan luar biasa terhadap Blood Brothers. Ini bukan sekadar filem aksi biasa, tetapi sebuah kisah yang padat dengan emosi dan aksi yang bakal membuat penonton terpaku.
Lokasi seterusnya
Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran, kini tampil dengan filem terbaharu, Blood Brothers menjanjikan pengalaman sinematik yang berbeza.
Filem ini bakal membawa penonton menyelami kisah yang penuh intensiti dengan mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya.
Dengan barisan pelakon mantap dan aksi berkualiti tinggi, Blood Brothers bersedia menjadi filem aksi tempatan yang paling dinantikan tahun ini.
Siri jelajah Blood Brothers akan diteruskan di beberapa lokasi lain sepanjang Ramadan, menawarkan lebih banyak kejutan buat peminat. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan dan nantikan tayangan rasmi Blood Brothers di pawagam bermula 10 April ini.
Untuk perkembangan terkini tentang jelajah bazar Ramadan Blood Brothers, ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube Primeworks Studios.