Pelakon Andy Teh meluahkan rasa simpati terhadap seorang bekas atlet paralimpik yang dipercayai sedang berdepan dengan kesukaran hidup.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bukan Try Hard, Cuma Nak Fahami Budaya Melayu’ – Andy Teh

Artikel Berkaitan: Andy Teh Tak Sempat Bercinta, Sibuk Berlakon & Urus Bisnes – ‘Tak Ada Masa Nak Dating, Bukan Tak Nak Okay’

Andy simpati pada atlet

View on Threads

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads, Andy berkongsi semula video memaparkan bekas atlet wanita berkenaan sedang duduk sendirian sambil menangis teresak-esak di atas kerusi rodanya.

Difahamkan atlet wanita tersebut adalah bekas perenang paralimpik negara, iaitu Koh Lee Peng yang kini menjual tisu di sekitar kawasan Bukit Bintang sebagai punca rezekinya.

Terkesan melihat keadaan bekas atlet negara itu, Andy atau nama lengkapnya Andy Teh Kim Huat, 40, berharap agar nasib Koh terbela supaya dia dapat meneruskan hidup dengan lebih baik.

Dia berhak untuk mendapat lebih baik daripada ini.

Bolehkah kita lalukan sesuatu untuk dia?

Terdahulu, video Koh tersebut tular di media sosial dan mengundang perhatian warganet yang rata-rata turut sebak melihat keadaannya, selain berharap ada pihak tampil menghulurkan bantuan.

Untuk info, Koh pernah mewakili Malaysia dalam sukan ASEAN Para Games sekitar tahun 2001 hingga 2005 menerusi acara renang.

Sepanjang bergelar atlet, Koh mengharumkan nama negara dengan meraih tujuh pingat emas dan tiga pingat perak, serta turut menerima anugerah Olahragawati Paralimpik 2016.

Sumber: Threads