berita

BoBoiBoy Playland Pertama Di Malaysia Antara Aktiviti Best Di Central i-City Sempena Cuti Sekolah Ini!

August 8th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Eh, dah masuk bulan Ogos la! Kalau tak silap, bulan Ogos tahun ni ada cuti sekolah selama seminggu. Korang dah ada plan ke cuti sekolah tu nak buat apa dengan family? Maklum la, cuti sekolah je waktu yang ada untuk luangkan masa dengan family  kan.

Pastikan korang ada aktiviti yang best  untuk cuti sekolah ni. Paling penting, family  seronok! Okay, kalau korang masih tak ada plan ke mana-mana, kami nak ajak korang pergi kat satu tempat ni. Serius enjoy  habis beb.

Jom beramai-ramai ke Central i-City, banyak aktiviti best!

Apa kata korang singgah Central i-City di Shah Alam pada bulan Ogos ni. Ada banyak aktiviti menarik sempena bulan kemerdekaan di Central i-City bermula 10 Ogos hingga 2 September 2019. Korang mesti tak sabar nak tahu aktiviti apa yang ada kan?

Jangan risau! Kat sini kami akan kongsikan antara aktiviti menarik dibuat di Central i-City nanti. Kami rasa yang first  ni paling menarik la. Wajib bawak anak-anak korang sekali. Diorang mesti happy  punya. Nak tahu apa? Ni haa..

BoBoiBoy Universe Giant Playland, anak sure suka! [14 Ogos – 2 September 2019]

BoBoiBoy kuasa tiga!!!

Siapa je tak kenal dengan animasi BoBoiBoy. Boleh kata, semua orang familiar dengan animasi ni. Korang pun tahu yang BoBoiBoy The Movie 2 akan ditayangkan di pawagam bermula 8 Ogos 2019 kan? Apa yang Central i-City buat kali ni, kami pun terkejut beb.

Surprise! Sebuah inflatable playland iaitu BoBoiBoy Universe Giant Playland akan berada di Central i-City bermula 14 Ogos hingga 2 September 2019. Paling unik, ia merupakan inflatable playland bertemakan BoBoiBoy pertama kali dibuat di Malaysia. Wow!

Apa yang menarik tentang BoBoiBoy Universe Giant Playland? Playland ni berkonsepkan kursus latihan kuasa elemental. Anak-anak korang kena habiskan tugasan daripada buku aktiviti dan masuk ke playland untuk tolong BoBoiBoy. Bawak la anak-anak datang sini. Serius seronok!

Macam mana nak dapatkan buku aktiviti ni? Bagi setiap RM100 yang dibelanjakan di Central i-City dalam jumlah resit terkumpul untuk satu hari, korang dapat tebus satu buku aktiviti. Lengkapkan buku aktiviti di sekitar Central i-City untuk masuk ke playland. Jumpa dan tolong BoBoiBoy okay!

Jangan ketinggalan untuk Meet & Greet dengan BoBoiBoy, Ying, Yaya, Gopal dan Fang di Central i-City pada hujung minggu! Korang boleh jumpa dan ambil gambar dengan diorang pada 8 hingga 12 Ogos, 17 dan 18 Ogos, 24 dan 25 Ogos serta 31 Ogos hingga 2 September pada jam 12 tengah hari, 3 petang, 5 petang dan 8 malam. Bestnya!

Belanja & tebus Digi car boot organiser. Edisi terhad tau! [10 Ogos – 18 Ogos 2019]

Tahu tak kegunaan Car boot organiser ni? Semestinya untuk letak barang dalam kereta! Korang boleh tebus Digi car boot organiser ni secara PERCUMA di Central i-City tau. Serius tak tipu wei. Cara pun senang je.

Korang hanya perlu shopping puas-puas di Central i-City sampai RM400 dalam jumlah resit terkumpul untuk satu hari. Lepas tu tebus Digi car boot organiser yang limited edition. Nak lagi senang, pakat la dengan family korang eh.

Jom sertai National Day Shopping Hunt. Lain macam! [25 Ogos 2019]

Selain BoBoiBoy, kami juga tertarik dengan National Day Shopping Hunt yang dianjurkan oleh Central i-City. Aktiviti ni senang tapi seronok. Korang kena bentuk satu kumpulan dan berpakaian mengikut tema Hari Kebangsaan. Sama-sama cari petunjuk di sekitar Central i-City.

Cara nak sertai National Day Shopping Hunt ni korang hanya perlu berbelanja sehingga RM50 dalam jumlah resit terkumpul untuk satu hari. Kemudian, boleh daftar kumpulan dalam 2 hingga 4 orang je. Aktiviti ni terbuka kepada semua yang berusia 12 tahun ke atas tau.

Gambar sekadar hiasan

Dapat hadiah ke tak? Eh, mesti la dapat! Kumpulan yang berjaya selesaikan tugasan dengan jawapan yang betul dalam masa diberi akan dapat hadiah lumayan. Hadiah berupa peralatan elektrik seperti TV, penghawa dingin, peti sejuk, coffee maker, kipas meja, seterika dan lain-lain bernilai RM9,000! Siapa tak nak, rugi wei!

Bukan tu je! Kumpulan yang berpakaian menarik juga akan dinobatkan sebagai Best Dressed Team dan dapat hadiah special tau. Lagi best, semua peserta akan dapat goodie bag  istimewa daripada Central i-City. Paling penting, korang seronok nanti. Tak gitu?

Berhibur dengan band indie tempatan di Tempatan Fest [31 Ogos – 2 September 2019]

Pada korang yang tak tahu nak pergi mana masa Hari Merdeka nanti, boleh enjoy di Central i-City. Kat situ, korang boleh berhibur di Tempatan Fest yang diadakan bermula 31 Ogos hingga 2 September 2019. Siap ada band indie tempatan untuk hiburkan korang. Enjoy habis!

Pelbagai jenama dan band tempatan terkenal akan berada di Tempatan Fest. Sambil berhibur dengan band indie tempatan, korang boleh cari barangan streetwear kat sini. Nampak gaya, boleh cuci mata puas-puas la.

So, korang tak payah pening-pening cuti sekolah bulan Ogos ni nak pergi mana ya. Dah tahu dah kan? Korang pergi je ke Central i-City. Sambil-sambil shopping tu, boleh join aktiviti menarik yang ada kat sana. Orang kata, sambil menyelam, minum air. Gitu!

BoBoiBoy Universe Giant Playland tu confirm jadi tarikan orang untuk datang Central i-City nanti. Korang pun mesti tak sabar nak tengok rupa playland tu macam mana kan? Nampak sangat korang macam budak-budak lagi. Hehe.

Nak info lebih lanjut tentang Central i-City? Klik sini je. Jumpa kat sana guys!

SKIP THIS AD ×