berita

‘Boleh Didenda RM100k & Penjara’ – Diminta Henti Salur Bantuan, Ebit Lew Mohon Maaf

February 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew telah menarik perhatian ramai dengan mengislamkan satu penduduk kampung di Semporna Sabah. Namun, lebih menyedihkan apabila Ebit Lew terpaksa membatalkan misi bantuan kepada penduduk di sana.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Ramai Tanya Saya Pasal Tuhan. Tuhan Tu Apa..’ – Ustaz Ebit Lew Islamkan Satu Kampung

Terbaru, Ebit Lew menerusi perkongsiannya di laman Facebook meluahkan rasa sayu hati dan memohon maaf kepada semua penduduk di Semporna yang telah memeluk Islam itu. Tambahnya, dia gagal untuk meneruskan misi bantuan dan membina sekolah buat mereka di sana.

Tidak dapat teruskan bantuan

Ebit Lew dimaklumkan pihak berkuasa di Semporna untuk memberhentikan bantuan di persekitaran pulau-pulau tersebut termasuk membina sekolah di sana. Dia juga dimaklumkan tindakan dan misi bantuan tersebut membolehkan dirinya dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara selama tiga tahun.

Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna minta diberhentikan bantuan di sekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan di denda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

Minta maaf semua

Dia bagaimanapun memohon maaf terpaksa menangguhkan niat tersebut untuk berbakti kepada penduduk di sana seperti mana dirancangnya sebelum ini. Lebih menyedihkan lagi apabila Ebit Lew telahpun membeli bahan pembinaan seperti kayu dan telah mengumpul lebih kurang tujuh warga pendidik untuk berkhidmat di sana.
Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.
Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.
Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×