Pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas berjaya membawa komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Semporna Sabah memeluk Islam.
Artikel Berkaitan: Ebit Lew Hantar 1000 Set Makanan, 100 Kerusi Roda & 200 Tablet Ke Sabah
Artikel Berkaitan: Mak Baru Meninggal Dunia, Motosikal Pula Kena Curi, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu 2 Beradik Ini
Video yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit di Instagram telah menerima banyak pujian sekaligus mengundang sebak orang ramai.
157 orang peluk Islam
Berdasarkan video pendek yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew memaparkan sejumlah penduduk kampung berada di atas bot sambil mengucap dua kalimah syahadah. Difahamkan, seramai 157 orang penduduk kampung itu telah memeluk Islam dan keputusan itu dibuat dengan kerelaan hati mereka sendiri.
Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Ustaz Ebit mengakui dia kesana hanyalah untuk memberi bantuan bekalan makanan memandangkan kehidupan mereka di sana agak susah. Kesemua penduduk di kawasan tersebut tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut.
Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.
Satu kampung peluk Islam
View this post on Instagram
Namun siapa sangka, soalan yang diajukan oleh penduduk kampung berkenaan telah mengundang sebak Ustaz Ebit dan individu yang berada di situ. Mereka bertanya siapakah tuhan dan tuhan itu apa. Maka, Ustaz Ebit kemudian menjawab pertanyaan tersebut dan selepas mendengar penerangan, mereka akhirnya membuat keputusan untuk memeluk Islam.
Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.
Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.
Sementara itu, Ustaz Ebit memberitahu akan terus menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung tersebut selain sedang dalam usaha untuk membina sekolah serta mencari ustaz mengajar mereka.
Sumber: Ustaz Ebit Lew