berita

Boleh Hadir Temuduga Kerja Secara Bersemuka

June 17th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Ismail Sabri Yaakob melaporkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP), pihak kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti temuduga oleh syarikat swasta ataupun kerajaan secara bersemuka.

Temuduga bersemuka dibenarkan


Sebelum ini temuduga boleh dibuat tapi secara atas talian seperti video conferencing dan sebagainya. Mesyuarat khas menteri-menteri telah bersetuju membenarkan kementerian dan agensi melaksanakan proses temuduga secara bersemuka.

Menurutnya, pihak kerajaan telah bersetuju membenarkan proses temuduga dijalankan secara bersemuka. Namun SOP perlu dititik berat sepanjang aktiviti berkenaan.

Mesyuarat dibenarkan

Mesyuarat khas menteri-menteri telah bersetuju untuk membenarkan penganjuran mesyuarat, seminar, bengkel, kursus dan latihan dan persidangan oleh pihak kerajaan dan juga swasta.

Selain itu, kerajaan turut membenarkan penganjuran mesyuarat, seminar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penganjuran ini perlu mengikut pelbagai SOP yang ditetapkan. Sebagai contoh, had maksima bagi kursus, bengkel, seminar dan sebagainya adalah seramai 250 orang. Namun ianya bergantung pada ruang penganjuran.

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×