berita

Pemilik Kedai Nasi Kandar Pencetus PUI Sivagangga Dipenjara 5 Bulan, Denda RM12K

August 13th, 2020 | by Wan
Kini Trending

Gara-gara tidak mematuhi arahan kuarantin yang dikenakan, seorang pemilik restoran nasi kandar di Napoh, Alor Setar menjadi pencetus kluster PUI Sivagangga sehingga menyebabkan ramai pelanggan dan penduduk sekitar dijangkiti Covid-19.

Terbaru, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh itu dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Mengaku salah

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, mengaku bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu sehingga menyebabkan jangkitan Covid-19 kepada orang ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mendedahkan strain virus PUI Sivagangga berpotensi menjadi virus perebak utama (super spreader) yang mampu menjangkiti 10 kali ganda lebih pantas berbanding virus Covid-19 yang asal.

Sementara itu sebuah kumpulan pengguna dan beberapa NGO di Kedah bercadang menyaman pemilik sebuah restoran nasi kandar itu yang dikatakan punca berlakunya kluster Sivagangga Covid-19.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusoff berkata, CAKE memutuskan untuk mengetuai tindakan sivil itu bersama sekurang-kurangnya 5 NGO lain dan beberapa pemilik perniagaan.

Sumber: FMT, Awani, Berita Harian

SKIP THIS AD ×