Sebelum ini, viral sebuah kisah mengenai seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya telah didakwa mengambil nombor telefon seorang gadis dengan tujuan untuk berkenalan. Susulan daripada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum dan membuat semakan lanjut mengenai perkara tersebut selain meminta gadis berkenaan untuk memberi maklumat tentang kejadian.
Artikel berkaitan: Viral Isu Dakwa Polis Hantar WhatsApp Nak Berkenalan Lepas Ditahan Di ‘Roadblock’, Ini Respon PDRM
Terbaru, seorang lagi wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual seorang polis di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Menurut wanita tersebut, dia diajukan soalan sama ada memakai baju dalam atau tidak ketika ditahan, selain dipercayai diberi jaminan tidak akan disaman jika menunjukkan buah dadanya itu.
Sudah hubungi kedua-dua wanita
Menurut Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap kedua-dua dakwaan tersebut.
Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada. Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS.
Kesalahan-kesalahan sebagaimana yang dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ianya boleh mencemarkan imej PDRM. Saya ingin mengingatkan pegawai dan anggota polis perlu bersikap profesional dan tidak membuat sesuatu perkara atau melakukan percakapan tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa itu.
Tambah beliau, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terbabit. Terdahulu, wanita yang dikenali sebagai Sabiyusof memaklumkan bahawa dia ditahan selepas tidak membawa lesen memandu ketika melalui SJR di Jalan Duta. Jelasnya lagi, dia hendak pulang ke Shah Alam selepas mengambil barang di Wangsa Maju.
Minta keluarkan saman
Sekadar gambar hiasan
Dalam sekatan jalan raya tersebut, Sabiyusof dipercayai sudah menunjukkan surat kebenaran untuk pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, semasa pemeriksaan dilakukan, seorang daripada anggota polis didakwa bertanya soalan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak, selain turut mendakwa tidak akan disaman sekiranya dia menunjukkannnya. Oleh kerana enggan menuruti permintaan tersebut, wanita tersbeut meminta anggota polis terbabit mengeluarkan saman.
Sumber: Harian Metro