berita

‘Boleh Nampak Aleesya Gembira Dengan Mak Dia’ – Video TikTok Erra Fazira & Engku Aleesya Tarik Perhatian

April 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Anak kepada selebriti terkenal Erra Fazira iaitu Engku Aleesya telah menjadi tumpuan ramai selepas dia hadir ke majlis pernikahan bapanya, Engku Emran dan Noor Nabila. Kebanyakan netizen memuji penampilan Engku Aleesya yang dilihat begitu ayu selain menyifatkan Aleesya mewarisi kecantikan ibu kandungnya, primadona Erra Fazira.

Terbaru, satu video yang memaparkan Engku Aleesya ‘menari’ bersama ibunya sekali lagi telah menarik perhatian ramai.

Comelnya dua beranak ni

Menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun TikTok Errafazirawc memperlihatkan kedua-dua anak-beranak ini sedang menari sambil mempromosikan satu jenama telefon pintar. Gadis berusia 12 tahun itu tampak sangat gembira dengan senyuman lebar terukir pada bibirnya. Sementara Erra juga sesekali tertawa melihat aksi tarian mereka itu.

Walaupun ianya hanyalah video pendek berdurasi beberapa saat sahaja, tetapi kebanyakan netizen memuji kecantikan yang dimiliki oleh Engku Aleesya. Tidak kurang juga ada yang memaklumkan bahawa ini kali pertama mereka melihat Engku Aleesya tersenyum bahagia seperti ini.

Tersenyum lebar Aleesya

@errafazirawcFighting over our new gadget Iphone 12 Pro Max? Renai Circulation (English Cover) [TV Size] – Lizz Robinett

‘Baru nampak dia selesa’

Sumber: Erra Fazira

SKIP THIS AD ×