berita

‘Boleh Pergi Mampu*, Anak Kau Bodo*’- Kak KM Mengamuk Keputusan 4 Flat Anak Diperlekeh Netizen

September 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kak KM Mengamuk Result Exam Anak Diperlekeh Netizen

Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM dilihat sekali lagi ‘mengamuk’ namun kali ini kepada netizen.

Ia susulan dia menerima beberapa komen negatif selepas memuat naik keputusan peperiksaan anaknya iaitu Nabila Razman di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Mengamuk Dengan Suami, Kereta Rosak Langgar Tembok Rumah – ‘Minta Maaf Pun Tak Ada’

‘Anak aku pandai’

Kak KM Mengamuk Result Exam Anak Diperlekeh Netizen

Menerusi hantaran tersebut, Kak KM memuat naik tangkap layar memaparkan posting milik Nabila yang begitu kecewa dengan sesetengah netizen yang  mempertikaikan keputusan peperiksaannya itu meskipun mendapat skor yang cemerlang iaitu purata nilai gred (PNG) 4.0.

Menurut Kak KM, dia sama sekali tidak mengambil peduli sebaliknya, ibu kepada empat orang anak itu berbangga dengan keputusan yang dicapai Nabila.

Aku tak pernah peduli dengan mulut-mulut b*ngs*t luar sana. Aku tahu anak aku bijak pandai.

Yang lain boleh pergi mampus, anak kau bodoh diam-diam sudah.

Yang penting anak aku pelajar UM, anak kau? Bodoh macam kau.

Terdahulu, Kak KM yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri tampil memuat naik keputusan peperiksaan Nabila yang memperoleh dekan dalam semester pendek bagi Diploma Pengurusan Perniagaan di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Respon netizen

Kak KM Mengamuk Result Exam Anak Diperlekeh Netizen

Kak KM Mengamuk Result Exam Anak Diperlekeh Netizen

Kak KM Mengamuk Result Exam Anak Diperlekeh Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memperlekehkan keputusan peperiksaan tersebut dan menganggap keputusan seperti itu tidak patut untuk dibanggakan.

Posting keputusan Nabila

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×