berita

[VIDEO] ‘Mana Ifa Raziah & Kak KM Campak Rasa Malu, Tak Takut Dosa?’ – PU Syed Kecewa Tengok Acara Gelek

May 29th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Acara bergelak sakan yang diadakan di sebuah festival beli belah di Melaka baru-baru ini telah mengundang pendakwah bebas, PU Syed untuk bersuara.

Artikel Berkaitan: Perasaan Risau Menyelubungi Diri, Ifa Raziah Hanya Tidur 2 Jam Sehari – ‘Saya Khuatir Jika Acara…’

Artikel Berkaitan: ‘Pesta Seks Bakal Dianjurkan!’ – PU Syed Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan

Tak takut dosa?

Menerusi hantaran di Instagram (IG), PU Syed meluahkan rasa kecewa dengan tindakan penyanyi Ifa Raziah selaku penganjur acara yang membenarkan pengunjung bergelek di atas pentas.

PU Syed mempersoalkan di mana sifat malu setiap individu ‘bergoyang’ di hadapan bukan mahram, dengan gaya yang terang-terang melanggar syarak.

Acara gelek pula yang dipersembahkan kepada pengunjung. Betapa seronoknya mereka bergelek di hadapan bukan mahram, dengan gaya yang benar-benar melanggari syarak.

Di mana sifat malu pihak penganjur dengan membenarkan penghibur, untuk menghiburkan pengunjung dengan acara tarian sebegitu?

Di mana dicampak sifat malu kalian berdua bila bersuka ria menunjukkan tarian sebegitu? Apakah kalian seronok memberi contoh yang negatif kepada masyarakat? Tak takut dosa?

PU Syed memuat naik video yang sudah ‘blur’ memaparkan pengunjung termasuk wanita bertudung ligat beraksi di atas pentas. Difahamkan, Ifa dan usahawan kontroversi, Kak KM turut serta ‘memanaskan’ acara.

Dalam pada itu, PU Syed menyatakan ini menjadi salah satu faktor penganjuran konsert jatuh pada hukum haram kerana wujud unsur yang dilarang dalam agama.

Itu sebab sesuatu penganjuran konsert atau persembahan boleh menjadi haram apabila ada unsur-unsur haram diterapkan di dalamnya.

Jangan pula marah apabila konsert dibantah penganjurannya dek kerana ada segelintir penghibur yang langgar semua batasan agama.

Bagaimana pula status rezeki yang terbit dari usaha yang haram?

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×