berita

‘Boleh Tak Jangan Dibuang Sekolah, Buang Ke Laut Je’ – Azhan Rani

August 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Azhan Rani Marah

Baru-baru ini, tularnya kejadian melibatkan seorang pelajar berusia 15 tahun yang dipukul sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah yang terletak di Johor Bahru.

Difahamkan, pelajar tersebut dipukul kerana salah seorang daripada suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang berkawan dengan ‘awek’nya.

Artikel Berkaitan: Ibu Kesal Anak 6 Tahun Dibuli, Bila Ajak Berbincang….Ini Respon Tak Masuk Akal!

Azhan Rani bersuara

Azhan Rani Marah

Foto: Harian Metro

Terbaharu, pelakon terkenal, Azhan Rani yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebagai seorang guru terpanggil untuk bersuara mengenai kejadian itu.

Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, 47, ternyata tidak boleh menerima tindakan serta alasan kesemua suspek yang memukul mangsa beramai-ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon drama Nur itu berharap agar mereka tidak dibuang dari sekolah sebaliknya dicampakkan ke dalam laut.

Boleh tak jangan dibuang sekolah, buang ke laut je la.

Terdahulu, tularnya video memaparkan seorang pelajar lelaki yang menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar sekolah menengah yang berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun.

Susulan itu, kesemua suspek ditahan reman selama dua hari bermula pada Selasa bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh berdepan dengan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Instagram, Berita Harian

SKIP THIS AD ×