berita

‘BomBom’ Melecur Ditimpa Penutup Lampu, Harris Baba Mahu Ambil Tindakan Terhadap Butik Terkenal

October 31st, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Malang memang tidak berbau. Ianya boleh mendatangi kita bila-bila masa tanpa diduga, walaupun telah mengambil langkah berwaspada sebaik mungkin.

Terbaru, penyanyi Harris Baba mengalami insiden cemas apabila penutup lampu yang panas tiba-tiba menimpa anaknya, Aleena Ziya atau panggilan manjanya, BomBom, ketika mengunjungi sebuah butik berjenama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Melecur tahap dua di muka, tangan

Di dalam Instagramnya, Harris menceritakan walaupun mempunyai reputasi sebagai jenama terkemuka, butik itu tidak menyelenggara dengan baik. Tambahnya, luka dialami Aleena memerlukan masa beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya dan anak sulungnya itu perlu menjalani rawatan laser untuk menghilangkan parut.

Kelalaian orang lain, Aleena tanggung akibat

Kulit Aleena melecur kerana objekitu sangat panas. Kami bergegas membawanya ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Menurut pakar, Aleena melecur tahap dua dan kecederaannya agak serius.

Nasib baik tidak terkena mata kerana ia boleh menyebabkan anak saya buta.

Haris kemudiannya membuat laporan polis dan melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut walaupun butik berkenaan sanggup menanggung kos rawatan Aleena.

Katanya, dia boleh membayar sendiri kos rawatan, namun apa yang lebih penting adalah keselamatan setiap pelanggan yang masuk ke dalam butik berkenaan kerana ianya berisiko terjadi kepada orang lain dan malah lebih teruk lagi.

Sumber: Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Most Read Today