
Usahawan terkenal, Bonda Rozita berkongsi kisah dua ekor anjing jenis K9 yang dibeli bagi tujuan keselamatan ladang di puncak hutan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Ibrahim Tak Sanggup Cerita Keburukan Bekas Suami – ‘Itu Prinsip Saya, Anak Sendiri Pun Tak Tahu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Beri 4.5/10 Untuk Rumah Hutan Bonda Rozita, Makanan ‘Out’ & Macam Duduk Kolej – ‘Ambil Komen Ini Untuk Tambah Baik’
Anjing baka German Shepherd
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita menyifatkan anjing K9 peliharaannya itu sebagai penjaga terbaik.
Menurutnya, kedua-dua ekor anjing tersebut memiliki microchip di dalam badan untuk dielakkan daripada dicuri.
Saya takut dan tak berani pegang.
Mereka masih kecil, baka German Shepherd. Kami beli dua ekor. K9 sering digambarkan diseluruh dunia mengenai anjing cerdik ini.
Dia bukan sekadar anjing tapi lambang keberanian yang tidak boleh digugat, besar seperti serigala, penyayang, dan penjaga yang baik.
Ia adalah anjing yang digunakan polis dan fru bagi tujuan siasatan dadah, pembunuhan atau mengejar suspek.
Inddy dan Izzy, baru lapan minggu, beratnya 14kilogram (kg). Anjing saya beli ini ada sijil keturunannya. Sekiranya ada orang nak curi, di dalam badan anjing ini ada microchip.
Demi keselamatan
Jelas Bonda Rozita, tujuan membeli anjing-anjing ini bukan untuk dibelai namun sebagai penjaga ladang miliknya.
Selain itu, Bonda Rozita memaklumkan bahawa suaminya akan mandi air tanah sertu setelah selesai menguruskan anjing jenis K9 tersebut.
Bonda minta orang asli jagakan dan proses melatih ada orang yang akan ajar.
Pelihara anjing untuk tujuan keselamatan dan ladang yang luasa di puncak hutan. Anjing jenis ini sangat taat setia dan menjaga tuannya.
Bonda bukan buat untuk tujuan nak gomol macam orang putih dan cara samak juga kena tahu.
Selepas menguruskan K9 dalam dua jam setiap hari suami saya akan mandi air tanah sertu.
Sumber: Instagram @bondarozitaibrahim