Umum mengetahui, bonda kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tun Rahah Mohamed Noah kini berada di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Menurut Datuk Seri Najib, bondanya kurang sihat dan sedang menerima rawatan di hospital tersebut beberapa hari yang lalu.
Artikel berkaitan: Agong, Sultan Perak & Perdana Menteri Ziarah Tun Rahah Di Hospital
Terbaru, beliau memuat naik satu posting di Facebook dan memberitahu bahawa bondanya telah meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah.
Bonda sudah tiada
Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada. Kami sekeluarga di hospital. Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.
Menurut Datuk Seri Najib, ibunya sudah meninggal dunia, Mereke sekeluarga kini berada di hospital tersebut. Tambah beliau, kesemua mereka sedih atas pemergian bonda tercinta. Terdahulu, Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Shah turut mencemar duli menziarah Tun Rahah yang berada di hospital. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut berterima kasih kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin yang lain atas kesudian menziarahi bondanya.
Sumber: Najib Razak