berita

Bongkah Konkrit Pula Jatuh Di MRR2, Pengguna Jalan Raya Kini ‘Trauma’

March 25th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini, terdapat beberapa kes kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) yang sehingga mengakibatkan kematian.

Artikel Berkaitan :[VIDEO] Runtuhan Jambatan SUKE, 2 Wanita Maut & 3 Cedera Parah

Terbaru, satu bongkah konkrit berbentuk segi empat telah jatuh dari sebuah lori di lorong tengah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang.

Konkrit jatuh

Kejadian pada pukul 7.45 pagi itu telah mengakibatkan trafik jalan raya tersebut sesak ketika orang ramai sedang keluar ke tempat kerja. Walau bagaimanapun, pihak Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dalam satu kenyataan ringkas di laman Twitter rasminya menafikan kejadian itu berpunca daripada pihaknya.

Difahamkan bongkah itu telah dialihkan 55 minit kemudian dan trafik kembali lancar. Namun pengguna jalan raya masih trauma dengan kejadian tersebut yang sering kali berulang di lokasi yang sama.

Bukan dari projek SUKE

Bongkah berkenaan dimaklumkan terjatuh daripada sebuah lori yang lalu di jalan tersebut. Rata-rata di ruangan komen melahirkan rasa bimbang untuk menggunakan jalan tersebut kerana kemalangan sebegini. Lebih-lebih lagi mereka yang setiap hari terpaksa ke kerja melalui jalan ini.

Dalam pada itu, pihak SUKE meminta agar orang ramai patuh arahan petugas dan membawa kenderaan dengan cermat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber : SUKE

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×