berita

[VIDEO] Runtuhan Jambatan SUKE, 2 Wanita Maut & 3 Cedera Parah

March 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Jabatan Bomba & Penyelamat 

Tragedi runtuhan jambatan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE), setelah sebuah treler merempuh perancah besi lebih raya telah mengakibatkan dua mangsa maut dan tiga lagi cedera parah. Kejadian tersebut berlaku semalam, kira-kira jam 6.15 petang.

Artikel Berkaitan: Kepingan Konkrit Pembinaan Hempap Kereta, Kerja Pemasangan Dinding SUKE Dihenti Serta Merta

Artikel Berkaitan:Kontraktor, Subkontraktor Konkrit Jatuh Di SUKE Didenda RM180,000

Difahamkan, lima mangsa yang menaiki sebuah van pekerja telah terperangkap dalam runtuhan tersebut kira-kira tiga jam. Van tersebut telah dipandu oleh seorang lelaki dan penumpang selebihnya merupakan wanita.

Dua wanita meninggal dunia

Lapor Malaysia Kini, dua wanita berusia lingkungan 40-an meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya, pemandu treler tersebut telah dibawa ke balai polis Sungai Besi bagi membuat laporan polis dan siasatan lanjut.

Pemandu seorang lelaki terselamat. Dua orang wanita terselamat dan dihantar ke Pusat Perubatan UKM. Dua lagi mangsa telah meninggal dunia dan akan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Insiden tersebut telah mengakibatkan kesesakan teruk di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di kedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Kejadian seumpama ini merupakan kejadian kedua yang membabitkan pembinaan lebuh raya SUKE yang terjadi pada tahun lepas. Terdahulu, seorang wanita nyaris muat, selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan lebuh raya itu terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kenyataan media

 

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, Jabatan Bomba & Penyelamat & Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×