berita

Brad Pitt & Angelina Jolie Akhirnya Berkahwin!

August 29th, 2014 | by Noraniza
Hollywood

Brad Pitt and Angelina Jolie 2

Yeah. Finally they tied the knot! Kalau tak salah saya, pelakon Hollywood terkemuka, Brad Pitt dan Angelina Jolie sudah bersama hampir 9 tahun iaitu ketika mereka berlakon filem Mr. & Mrs. Smith lagi.

Bertunang pada tahun 2005, menerusi laporan TMZ, pasangan ini dikatakan tidak menjemput ayah Angelina, Jon Voight di majlis perkahwinan mereka.

Menurut portal itu lagi, pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Chateau Miraval milik mereka pada hujung minggu yang lalu.

137772_620

Foto pasangan ini dengan 6 orang anak mereka

Lebih mengujakan apabila Angelina Jolie diiringi oleh anaknya Pax dan Madox sementara Zahara dan Vivienne membaling kelopak bunga ke arah ibu mereka. Shiloh dan Knox pula dipertanggungjawabkan untuk menjadi pembawa cincin.

Namun, Brad Pitt dikatakan bergegas untuk menyambung penggambarannya sebaik sahaja majlis perkahwinan mereka tamat.

Kredit foto: Instagram Angelina Jolie

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×