Pemain bola sepak kebangsaan, Brendan Gan meluahkan rasa bangga dan syukur apabila dapat mewakili Skuad Harimau Malaya ke Piala Asia 2023.
Artikel Berkaitan: Ketampanan Syihan Hazmi Jadi ‘Kegilaan’ Wanita Korea
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kim Pan Gon Tak Tuding Jari Harimau Malaya Tersingkir – ‘Tiada Siapa Salah, Ini Silap Saya’
Semangat berjuang
Menerusi perkongsian di Instagram, Brendan berkata semangatnya mula berkobar untuk mewakili skuad kebangsaan selepas pasukan itu diumumkan secara rasmi layak ke Piala Asia pada 2022 yang lalu.
Jelasnya, meskipun dia diuji dengan masalah kesihatan beberapa tahun lalu, namun itu tidak menghalangnya untuk bangkit dan mengharumkan nama Malaysia.
Mari panggil ini ‘Impian Piala Asia 2 tahun’. Impian itu berkembang setiap minit setiap hari sejak menyaksikan skuad ini layak ke Piala Asia di Bukit Jalil (pada 2022).
Pertama adalah impian untuk terus hidup dan kedua ialah untuk kembali bermain di padang untuk kelab dan kemudian beraksi dengan cukup baik mencapai langkah seterusnya.
Langkah seterusnya ialah menyarung jersi Harimau Malaya semula. Dapat menyertai kumpulan hebat yang terdiri daripada 26 orang untuk bertempur di pentas terbesar Asia adalah satu penghormatan.
Setiap orang menghadapi pertempuran mereka sendiri, besar dan kecil. Kegigihan dalam impian anda adalah kunci utamanya.
Difahamkan, Brendan sebelum ini diuji dengan penyakit kanser dan mengalami masalah Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebanyak dua kali.
Sementara itu, rata-rata peminat bola sepak memuji semangat juang yang dipamerkan pemain berusia 35 tahun itu yang terus kuat berlawan dengan penyakitnya.
Dari pejuang kanser ke Asian Cup! Pernah kena ACL di kaki kanan dan kiri, masih boleh kembali. Memang hebat betul mindset Brendan ni. Another level, dia memang hebat!
Terdahulu, Malaysia bersama pasukan Jordan, Bahrain dan Korea Selatan ditempatkan dalam kumpulan E.
Ketika menentang Jordan, Malaysia tewas 0-4, manakala ketika bertemu dengan Bahrain, Malaysia tewas 0-1.
Pun begitu, pujian harus diberikan kepada skuad kendalian Kim Pan-Gon apabila berjaya memperoleh keputusan seri 3-3 ketika menentang Korea Selatan.