berita

[VIDEO] Kim Pan Gon Tak Tuding Jari Harimau Malaya Tersingkir – ‘Tiada Siapa Salah, Ini Silap Saya’

January 21st, 2024 | by Alia
Kini Trending

kim pan gon tersingkir

Susulan kegagalan skuad Harimau Malaya untuk ke pusingan 16 terbaik di Piala Asia 2023, ketua jurulatih Kim Pan Gon bertanggungjawab dengan tidak menuding jari kepada sesiapa.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Minta Maaf Kepada Semua Penyokong Harimau Malaya’ – Kim Pan-Gon Akui Pemain Gugup Lawan Jordan

Artikel Berkaitan: Jaringkan Gol Kemenangan Buat JDT, Akhyar Terima Ucapan Tahniah Daripada Eyka Farhana – ‘Congrats B

Ambil tanggungjawab

kim pan gon tersingkir

Menerusi temu bual seusai perlawanan malam tadi, pengendali dari Korea Selatan tersebut berkata harapan yang diletakkannya terhadap pasukan negara terlalu tinggi untuk menyerlahkan nama Harimau Malaya.

Tiada apa yang salah, inilah (tahap) di mana kami berada. Mungkin jurulatih salah, saya memiliki harapan yang sangat tinggi. Saya berikan impian terlalu tinggi. Mungkin saya beri harapan terlampau tinggi kepada orang ramai dan pemain, mungkin silap saya.

Sebagai jurulatih, ini masalah saya. Bukan daripada pemain, bukan daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), bukan daripada orang ramai. Jadi ini semua masalah jurulatih.

Mengulas lanjut, Pan Gon berkata para pemainnya tidak berjaya mengawal dan gagal mendominasi perlawanan.

Skuad kebangsaan tewas 0-1 kepada Bahrain di aksi kedua Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad dan sah tersingkir di peringkat kumpulan meskipun masih berbaki satu perlawanan bersama Korea Selatan.

Terdahulu, Harimau Malaya tewas kepada pasukan Jordan dengan jaringan 4-0 dan menduduki tangga tercorot tanpa sebarang mata.

@harimaumalaya_hm

Saya salah. Saya terlalu bagi harapan pada peminat! #harimaumalaya #demimalaysia #pialaasia2023

? original sound – Harimau Malaya Mall – Harimau Malaya Mall

Sumber: TikTok Harimau Malaya Mall & Berita Harian

SKIP THIS AD ×