berita

Bront Palarae Enggan Tonton Lakonan Sendiri

August 29th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

PSIKO-21

Bagi kebanyakan pelakon lain, adalah menjadi rutin wajib untuk melihat lakonan sendiri di kaca televisyen ataupun di layar perak, namun tidak bagi Bront Palarae.

Pelakon utama yang membintangi filem Psiko Pencuri Hati ini mengakui tidak gemar berbuat demikian sejak dari awal penglibatannya di dalam dunia lakonan.

Saya tak tengok filem sendiri. Bukan rasa pelik melihat diri sendiri berlakon cuma saya tak biasa.

Menonton lakonan sendiri secara umumnya dapat memberi seseorang pelakon itu idea untuk memperbaiki kelemahan diri namun bagi Bront, dia tidak memerlukannya kerana setiap watak yang dibawakan di dalam cerita lain adalah berbeza.

Sebenarnya setiap watak yang saya lakonkan adalah berbeza. Jadi bila habis sahaja penggambaran sesuatu filem atau drama, saya terus lupakan karakter tersebut.

PSIKO-22

Ditanya apakah yang menjadi sumber inspirasi untuk melakonkan watak psiko di dalam Psiko Pencuri Hati, Bront pantas memetik nama pengarah filem tersebut, Namron.

Saya cuba untuk tak tengok filem lain kerana Namron tidak mahu pelakonnya terikat dengan mana-mana karakter yang lebih kurang sama. Tetapi Namron sangat membantu kerana dia selalu psiko-kan saya.

Bagi yang ingin melihat bagaimana Bront menjadi seorang psiko, sila nantikan kemunculan Psiko Pencuri Hati pada 5 September 2013 di pawagam berhampiran anda.