Usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli memberikan pendapatnya berhubung gaya dan penampilan ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Vida.

Artikel Berkaitan: ‘Minta Duit Sendiri Tapi Saya Kena Marah Balik’ – Iqbal Zulkefli Berputih Mata, Lebih RM200,000 Lesap Dilarikan Peminjam

Artikel Berkaitan: ‘Hari Pertama Shooting, Saya Tak Hafal Skrip Sampai Zul Ariffin Hilang Sabar’ – Iqbal Zulkefli Kongsi Pengalaman Di Set Penggambaran

Ubah penampilan

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Iqbal berkata, jika hubungannya bersama Vida kembali jernih, dia mahu mengubah imej usahawan tersebut kepada penampilan yang lebih minimalis.

Kalau saya dengan Datuk Seri Vida berbaik kembali, perkara pertama saya mahu buat adalah buang bulu mata dia.

Saya tengok macam tiga inci juga masa di rumah Datuk Aliff hari tu.

Kedua, saya nak kembalikan penampilan macam zaman saya sebagai P.A dulu, pakaian lebih ringkas, minimal dan hanya dua tone sahaja maksimum. Setuju?

Dalam masa yang sama, Iqbal turut berkongsi foto-foto fesyen yang digayakan oleh Vida semasa mereka masih bersama.

Menurut Iqbal gaya minimalis lebih menonjolkan sisi berbeza Vida malah dia akan kelihatan lebih mewah.

Bukan menghilangkan identiti asal, cuma penampilan lebih minimal. Ini contoh untuk majlis grand, dua tone warna sudah cukup mewah kan?

Bag tangan itu hadiah dari saya, kalau tidak silap saya beli sekitar RM40,000

Rasanya pakaian ringkas begini sesekali pun cukup mewah dan nampak lebih bagus kan? Make up juga minimal.

Sumber: Threads