
Pelakon Isa Khan menegur tindakan usahawan sensasi Datuk Seri Vida dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Fazley & Vida Makan Malam Bersama, Bekas Isteri Turut Serta – ‘Azrene Layan Cik B Macam Anak Sendiri’
Isa Khan tegur, beri nasihat

Menerusi hantaran di Threads, Isa secara terbuka meluahkan pandangannya terhadap kemesraan yang dipamerkan oleh Vida dan Fazley.
Isa berpendapat hubungan tersebut tidak sepatutnya dijadikan bahan ‘marketing’ kerana ia secara tidak langsung boleh memberi kesan terhadap imej dan maruah keluarga.
Dua-dua dah tua, sudah-sudahlah tu dengan cheap marketing dan hukumnya haram tau buat benda macam gini. Tak malu dekat anak-anak ke?
Komen itu ditinggalkan oleh Isa pada satu hantaran yang dikongsikan oleh sebuah portal.
Sementara itu di ruangan balas, rata-rata netizen menyokong dan bersetuju dengan pandangan Isa. Mereka turut menganggap perkara itu tidak wajar dijadikan sebagai konten untuk tujuan pemasaran.
Komen netizen

Sumber: Threads






![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)