berita

Buang ‘Fake Food’ Ke Dalam Tong Sampah, Individu Ini Dikecam Tak Kawal Anak

October 22nd, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di majlis keraian seperti hari jadi dan kenduri perkahwinan, terdapat pelbagai jenis makanan disediakan. Dari makanan berat, pencuci mulut sehinggalah kepada pemanis mulut seperti kek. Tak kurang juga yang menyediakan candy buffet yang dipenuhi gula-gula, coklat dan makanan ringan untuk menarik perhatian kanak-kanak.

Di Facebook, seorang individu membuang satu plastik jajan yang didakwanya sebagai ‘fake food’. Malah, individu ini mencadangkan tuan rumah memberi real food seperti buah-buahan di majlis kenduri.

Terus buang ke tong sampah

Status yang dimuat naik individu ini mencetuskan rasa tidak puas hati netizen apabila beliau bertindak membuang makanan tersebut ke dalam tong sampah. Makanan yang dianggap fake food ini tidak sihat dan didakwa tidak bersesuaian dihidangkan kepada kanak-kanak.

Tersinggung dengan posting tersebut, tuan rumah telah membalas komen dan menerangkan perkara sebenar yang berlaku. Selain itu, pengguna Facebook Nazrul Azwraith turut menegur ‘cara’ tidak sopan lelaki ini.

Tak sedar anak ambil ‘fake food’?

Kalau kita tak nak anak kita makan “fake food” why not kita jaga anak kita dan tegur dia daripada ambil “fake food” dekat candy buffet? Atau sibuk membawang sampai tak sedar anak sendiri ambil “fake food” dan claim anak “dapat” sedangkan anak yang “ambil”.

Candy buffet bukan doorgift ye. Anda ada pilihan untuk ambil yang mana atau tak ambil. Dan jika anda sedar anak anda terambil atau di beri. Anda boleh meletakkan semula di candy buffet. Sekurang-kurangnya yang lain boleh ambil daripada anda buang di tong sampah.

Sudah lah tak kawal anak sendiri. Membazir pulak tu. Kasihan tuan rumah punya tetamu seperti ini.

Tak kawal anak, salahkan tuan rumah

Tidak kawal anak anda sendiri malahan menyalahkan tuan rumah. Diharap Tuan tak denda anak Tuan di sebabkan kekhilafan Tuan yang telah memuat naik status ini sebelum membuat siasatan sehingga menyebabkan Tuan termalu dengan Tuan Rumah

Adab anda di mana Tuan?? Semua org ada buat kesilapan.. Harapnya selepas kejadian ini Tuan lebih berhati-hati sebelum lantang bersuara. dan Tuan lebih sedar sebelum berbuat sesuatu perkara.

Walaubagaimanapun, individu tersebut telah membuat permohonan maaf kerana menyinggung perasaan ramai orang khususnya tuan rumah.

Sumber : Nazrul Azwraith

SKIP THIS AD ×