berita

Buat ‘Check up’ Dengan Doktor, Uqasha Senrose Berbadan Dua? – ‘Selamat Menjadi Ibu Bapa’

December 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Uqasha Senrose Berbadan Dua?

Pejam celik, pejam celik, tahun 2023 ini merupakan tahun yang kedua bagi usia perkahwinan pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli selepas mendirikan rumah tangga pada November 2021.

Artikel Berkaitan: ‘Kesian Adik-Beradik Tak Ada Anak’ – Disindir Netizen Di Instagram, Uqasha Senrose Tenang Respon

Uqasha berbadan dua?

@datuksaronijudiSelamat datang Kamal dan Ukasha. Selamat menjadi ibu bapa.? Ikatan Asmara – Baby Shima & Fairuz Misran

Terbaharu, tular satu video memaparkan Uqasha dan Kamal berjumpa dengan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta terletak di Kajang.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pasangan pelakon itu seakan sedang mendapatkan konsultasi daripada doktor berkenaan.

Lebih menimbulkan tanda tanya ialah kapsyen yang ditulis doktor tersebut seakan memberi bayangan mengatakan Uqasha kini sedang berbadan dua.

Selamat datang Kamal dan Uqasha, selamat menjadi ibu bapa.

Perkongsian itu sudah tentunya mencuri perhatian wargamaya yang tertanya-tanya mengenai posting tersebut.

Namun begitu, sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat pelakon drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ itu mengenai spekulasi tersebut.

Respon netizen

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×