berita

Uqasha Senrose Nasihatkan Kamal Adli Jangan Cakap Besar Fasal Poligami – ‘Takut Berbalik Pada Kita’

September 4th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kamal Adli

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai poligami hangat menjadi topik bualan orang ramai. Malah, isu tersebut turut menyorot perhatian pelakon Kamal Adli.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Dipukul Di Singapura, Kamal Adli Takut Kongsi Kisah Peribadi Di Media Sosial

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Adegan Berkemban & Peluk Amerul Affendi Sebelum Kahwin’ – Uqasha Senrose

Jangan cakap besar

Kamal Adli

Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berkata dia tidak akan menduakan isteri tercinta iaitu Uqasha Senrose yang juga merupakan seorang aktres. Kata Kamal, 37, kehadiran Uqasha sudah melengkapi kehidupannya.

Cukup la satu, kenapa nak pasang dua, tiga dan empat? Satu ini pun dah membahagiakan, tak perlu lah nak tambah lain.

Cukup satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi, dimanjani.

Nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tak payah ada dua atau tiga. Insya-Allah.

Kamal berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peminat sewaktu melakukan sesi siaran lansung di TikTok, baru-baru ini.

Sementara itu, Uqasha yang turut berada dalam sesi siaran langsung tersebut bagaimanapun menasihati suaminya agar tidak bercakap berlebihan kerana bimbang kata-kata itu akan berbalik kepada mereka.

Tak apa la, itu kehidupan orang, biarlah. Jangan cakap besar, kang tiba-tiba Allah uji. Saya tak nak cakap, sebab takut berbalik pada kita.

Untuk info, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November 2021.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×