berita

Buat Duit Dengan ‘Live’ Berbogel, Polis Berkas Influencer

February 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang gadis yang merupakan pempengaruh media sosial di Indonesia ditangkap oleh pihak polis kerana melakukan siaran langsung dalam keadaan berbogel.

Artikel Berkaitan: Buat Hubungan Seks Dengan Ibu Mentua, Bekas Suami Ancam Mahu Saman

Artikel Berkaitan: Pakaian Berselerak Di Merata Tempat, Youtuber ‘Besarkan Zakar’ Ditemui Maut Dalam Keadaan Separuh Bogel

Untung banyak

Gambar sekadar hiasan

Menurut kenyataan oleh Ketua Polis wilayah Bengkulu, Anuradi, gadis terbabit telah mengaut keuntungan jutaan rupiah melalui aktiviti lucah tersebut.

Modus operandi gadis itu adalah dengan memaparkan kelakuan yang tidak bermoral di media sosial dengan tujuan untuk menjana keuntungan dalam bentuk ‘gift’ dan tajaan.

Pihak polis mendakwa penstriman siaran langsung di akaun Instagram (IG) gadis itu ditemui oleh pasukan siber yang sedang melaksanakan kawalan.

Pengakuan pempengaruh tersebut membawa kepada pendedahan tentang perbuatannya itu dilakukan di sebuah hotel di wilayah berkenaan sejak awal Februari tahun ini.

Hasil tangkapan tersebut, polis menemukan bukti antaranya telefon bimbit, kad SIM, akaun Instagram (IG) dan pakaian yang digunakan untuk aksi itu.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×