berita

Buat Hubungan Terlarang Dalam Kereta, Lelaki & Remaja Ditahan Polis

April 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

 

Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sepasang kekasih yang melakukan perbuatan jelik di dalam kenderaan mereka.

Artikel Berkaitan: Baru 7 Bulan Kenal Di WeChat, Janda Anak Satu Kantoi Berkhalwat Dengan Lelaki Muda

Artikel Berkaitan: Mengaku Berzina Ketika Masih Bergelar Isteri, Ibu Muda & Kekasih Bakal Disebat 100 Kali

Ditahan pihak polis

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Kosmo, seorang lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berusia 17 tahun berjaya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak,  rakaman kejadian itu dipercayai berlaku pada 29 Mac lalu sekitar jam 3.03 petang.

Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara pukul 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini.

Dalam pada itu, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah putih bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan. Sekiranya didapati bersalah tertuduh boleh berdepan dengan hukuman penjara selama dua tahun.

Terdahulu, satu rakaman yang merakam perbuatan kedua-dua individu di dalam sebuah kenderaan mula tular dan menjadi bualan netizen di media sosial.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×