berita

‘Buat Jelah Kerja Kau!’ – Pesan Makanan Non-Halal, Wanita Melayu Bengang Ditegur Rider Grabfood

January 24th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Mencari yang halal itu adalah fardu dan satu kewajiban bagi umat Islam. Tidak kiralah jika kita ke tempat mana, namun diharuskan untuk makan makanan halal terlebih dahulu. Namun di Malaysia rasanya tiada masalah untuk mencari makanan halal memandangkan negara Malaysia majoriti orang Islam.

Seperti kisah dikongsikan ini apabila seorang wanita bengang apabila ditegur oleh rider tentang makanan yang dipesan di grabfood adalah tidak halal.

Bengang ditegur

Ini adalah negara sekular. Ini bukan tempat nak ‘berceramah’ tak masuk akal. Sejujurnya adakah dia ingat saya bodoh tidak tahu tempat ini non-halal? Buat jelah kerja kau. Bengang!

Seorang wanita bengang apabila ditegur oleh rider grabfood yang sedang mengambil pesanan makanannya di sebuah restoran non-halal. Rider tersebut memberitahu wanita itu bahawa makanan yang dipesan itu adalah dari tempat non-halal sekiranya wanita tersebut tidak perasan.

Malah rider tersebut turut memohon maaf sekiranya teguran itu terganggu kerana baginya itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang muslim untuk memberitahu. Walau bagaimanapun, rider tersebut tetap menghantar makanannya sehingga ke pintu rumah.

Dia tetap hantar makanan ke pintu rumah

Dia tak berhenti untuk hantar makanan kepada awak. Sepatutnya awak boleh balas dengan baik. Cakap sahaja awak tak kisah pasal makanan halal haram. Perkara boleh settle.

Tweet ini turut mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya menganggap wanita ini biadap kerana cuba memburukkan rider ini. Sepatutnya dia boleh sahaja tegur baik baik dan tak perlu sehingga menjejaskan pekerjaannya.

Respon orang ramai

Sumber : Aizad

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×