berita

‘Buat Masa Ini Tidak Ada Rasa Nak Rujuk Kembali’ – Farid Kamil

August 21st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hari ini Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan hak penjagaan penuh dua anak pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8, diberikan kepada aktres terbabit.

Berikutan daripada itu, Farid berkata dia bersyukur proses akhir hadanah ini telah diselesaikan secara baik.

Tiada isu berkaitan hak lawatan

Menurut Farid ketika ditemu bual di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi, dia berasa bersyukur semuanya sudah berakhir. Tambah Farid, dia menyerahkan hak penjagaan melalui perjanjian secara global.

Ujar peguam mewakili Farid Kamil iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan, hak tempoh lawatan sudah ditetapkan perjanjian dan persetujuan kedua pihak. Jadi, tiada isu berkaitan hak lawatan.

Berbicara lebih lanjut, Farid berkata buat masa ini dia hanya berdoa untuk anak-anaknya dan berharap mereka akan selamat.

Saya rasa lega dan bersyukur. Takdir Allah dan menentukan perjalanan hidup saya.

Disoal mengenai isu nafkah, Farid memberitahu anaknya Muhammad sudah mengetahui mengenai perkara ini.

Saya berharap dia faham. Apa yang lebih baik kesihatan mental dan kesihatan mereka buat masa ini.

Ketika diusik adakah kemungkinan akan merujuk kembali bersama Diana, Farid berkata dia tidak tahu mengenai perancangan Allah.

Saya tak tahu perancangan Allah. Jodoh, ajal dan maut semua Allah yang tentukan. Saya jalani dengan lapang dada. Buat masa ini tidak ada rasa nak rujuk kembali.

Video

@ohbulanofficial

Inshaallah.. ????#ohbulan #fyp #news #faridkamil

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Terdahulu, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya bercerai dengan talak satu yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof kira-kira 3.22 petang di atas talian menerusi aplikasi Google Meet.

Farid tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Shukran Yusof kemudian memerintahkan Diana menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.

Diana membuat permohonan cerai di atas talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×