Kemelut rumah tangga pasangan pelakon, Diana Danielle dan Farid Kamil dijangka bakal berakhir secara baik pada Khamis ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keputusan Kes Cerai Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Diketahui Khamis Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Diana Danielle Kembali Ceria -‘Gembira Lihat Awak Tersenyum’
Pengakhiran yang baik
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, berkata dia akan mengekalkan hubungan baik dengan Farid sekiranya mereka berpisah nanti.
Saya nak pengakhiran yang aman dan baik untuk kami kekal hubungan baik demi anak-anak, demi silaturrahim kami.
Saya doa kami capai kata sepakat. Ending yang baik, doakan.
Saya akan lega kalau betul-betul berakhir, sekarang ni saya masih dalam keadaan menunggu keputusan dan Insya-Allah saya bersangka baik.”
Diana berkta demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Selasa bagi mendengar keputusan kes Hadanah Interim ( hak penjagaan) kedua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata pihaknya sudah berbincang dengan pihak defenden berhubung segala aspek melibatkan penceraian pasangan ini.
Kami telah berbincang untuk keputusan permohonan inter-parte hak penjagaan anak-anak dan semua kes-kes yang berkaitan anak guam dengan Farid termasuk cerai.
Kita telah sediakan satu perjanjian penyelesaian buat kedua-dua pihak dan telah masukkan semua terma-terma untuk selesaikan kes ni secara menyeluruh.
Sementara itu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula pada 21 Ogos ini bagi merekod persetujuan yang dicapai.
Sekadar info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Video
@ohbulanofficial Semoga segala urusan dipermudahkan ????#OhBulan #fyp #news #dianadanielle #faridkamil ? original sound – OHBULAN!