Seorang penyanyi wanita dari Britain berani membuat pengakuan yang tidak masuk akal apabila mengumumkan dirinya telah berkahwin dengan hantu bernama Edwardo.
Kaki ‘minum’
Menerusi laporan New York Post, Brocarde berkata suaminya itu dipercayai datang daripada golongan bangsawan Victoria. Mereka bertemu ketika Edwardo tiba-tiba muncul di dalam biliknya. Sejak itu juga, mereka telah menjalinkan hubungan cinta. Selepas bernikah, Brocarde memberitahu dia sangat kecewa kerana Edwardo didakwa ‘minum’ terlalu banyak.
Kami tiba di lokasi bulan madu dan dia memesan sebanyak 12 botol minuman keras. Namun, dia tiada kad untuk bayar dan terpaksa menggunakan duit saya.
Di samping itu, Brocarde cemburu apabila suaminya itu terpegun melihat kehadiran Marilyn Monroe yang hadir di majlis resepsi perkahwinan mereka.
Suami saya sangat teruja melihat Marilyn Monroe masa itu. Dia tak dapat menahan diri dan ingin berkata wanita itu terlalu seksi.
Selain Marilyn, Brocarde memberitahu bahawa majlis perkahwinannya itu turut dihadiri King Henry dan Elvis Presly.
Sumber: New York Post