berita

Buat Trend ‘Sergah’ Lori, Lelaki Maut Digilis

June 7th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Satu lagi trend baharu tular di media sosial Indonesia yang diibaratkan bagai menempah maut apabila sebilangan remaja nekad melompat di hadapan lori yang sedang bergerak.

Terbaru, trend tersebut telah pun mengakibatkan satu kematian.

Trend ‘sergah’ lori

Tangkap layar video tular

Memetik laporan Coconuts Jakarta, beberapa rakaman video tular memaparkan remaja melakukan trend bahaya itu di mana mereka akan berlari ke hadapan lori yang sedang bergerak ibarat ‘menyergah’ lori tersebut, kemudian lari.

Namun, ada juga yang tidak bernasib baik dan dilanggar lori yang ‘disergah’.

Minggu lepas, tular satu video remaja 18 tahun dari Tangerang, Banten yang maut selepas lori tersebut gagal mengelak.

Berdasarkan klip video yang tular, mangsa bersama dua rakannya dilihat berdiri di hadapan sebatang jalan sambil menanti sebuah lori menuju ke arah mereka. Sejurus lori itu berada hampir dengan mereka, ketiga-tiga remaja itu cuba ‘menyergah’, namun malang bagi mangsa kerana lori bergerak laju itu gagal berhenti.

Mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian akibat dirempuh dan digilis lori tersebut.

Sumber: Coconuts Jakarta, Twitter @AboutTNG

SKIP THIS AD ×