berita

‘Buat Ujian Calitan Kendiri Dulu, Elak Cium Anak Orang’ – Ayda Jebat

May 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sambutan Aidilfitri kali ini buat pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat menjadi lebih meriah dengan kehadiran puteri sulung, Ana Nayla.

Artikel Berkaitan: Anak Nangis Tak Henti, Ibu Ayda Jebat Nampak Lembaga Merangkak Dalam Bilik Hotel – ‘Orang Tua Kata Mata Budak Kecil Boleh Nampak’

Tips balik raya

Dalam bergembira meraikan bulan Syawal, Ayda, 30, menitipkan pesanan kepada orang ramai yang pulang ke kampung halaman.

Antara yang diingatkan pemilik nama Nur Suhada Jebat adalah untuk meminta izin dari ibu bapa sebelum menyentuh dan memegang anak kecil terutama bayi.

Katanya lagi, tindakan mencium anak orang lain patut dielakkan meskipun negara kini berada di fasa peralihan endemik.

Raya sebulan, ini tips balik raya. Pertama, jangan tanya ‘kau bila nak kahwin’, kedua pula usah bandingkan pekerjaan orang lain dengan anak sendiri.

Ketiga, minta izin jika hendak pegang anak orang lain, lebih-lebih lagi bayi dan keempat jangan mencium anak atau bayi orang lain. Tolonglah elakkan. Servis kereta, check keadaan kereta. Bersihkan dan kunci rumah.

Wajib buat calitan Covid-19

Dalam pada itu, pelantun lagu Pencuri Hati menetapkan syarat kepada tetamu untuk melakukan ujian calitan Covid-19 dan menunjukkan keputusan negatif sebelum datang beraya.

Kalau peraturan kami, mahu datang jumpa atau hendak ke rumah kedua-dua belah keluarga, tetamu wajib menjalani ujian calitan Covid-19 dan kongsikan keputusannya antara satu sama lain.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Sebab ada yang kena tapi tidak mempunyai sebarang gejala. Kita jaga kita okey?

Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Sumber: Instagram @aydajebat

SKIP THIS AD ×