

Empat warga Nepal yang dipercayai turut serta dalam video tular menyatakan sokongan terhadap kenyataan ahli politik India berhubung penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW, ditahan polis, semalam.
Baki suspek sedang dikesan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 26 hingga 27 tahun ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara
Polis turut merampas peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran tular di media sosial itu.
Polis kini sedang berusaha untuk mengesan baki suspek yang masih bebas dan menggesa individu terbabit dengan rakaman video itu supaya tampil membantu siasatan.
Tambah Abd Jalil, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, tular satu video yang dimuat naik di laman TikTok oleh pengguna @ganggarammahto280 menunjukkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves sambil menyatakan pendirian menyokong ahli politik India itu.
Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu tular hingga ke Facebook dan WhatsApp.
Sumber: Harian Metro







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)