Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis kerana didakwa merogol anak tirinya sehingga mendatangkan kesakitan dan trauma terhadap mangsa.
Artikel Berkaitan: Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih
Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis
Pernah mengadu pada ibu
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Tribun News, kejadian tersebut berlaku di daerah Ulubongka, Indonesia yang menyaksikan suspek berusia 36 tahun itu melakukan perbuatan keji terhadap anak tirinya.
Penahanan suspek bermula apabila mangsa memberanikan diri untuk memberitahu ibu saudaranya tentang kejadian tersebut.
Susulan itu, ibu saudaranya bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis pada 8 Julai lalu dan mangsa ditahan pada hari yang sama.
Menurut Ketua Polis Daerah Touna, Sophian berkata mangsa telah dirogol berkali-kali di rumah dan di kebun sejak November 2022 serta yang terakhir pada Jun 2023.
Suspek melakukan kekerasan, dia memaksa melayan nafsunya sehingga 14 kali. Dia menarik tangan mangsa secara paksa dan menekan paha mangsa dengan sangat kuat sehingga menyebabkan kesakitan.
Mangsa ketika ini trauma, dia berasa sakit di bahagian kemaluan dan juga malu untuk berjumpa dengan keluarga.
Dalam pada itu, difahamkan mangsa ada memaklumkan kejadian tersebut kepada ibunya namun wanita tersebut tidak mengendahkannya.
Ibunya tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut suami (suspek) meninggalkannya.
Suspek kini sedang menjalani prosiding undang-undang dan jika disabitkan kesalahan dia boleh didakwa dengan hukuman penjara tiga tahun hingga 15 tahun.
Sumber: Tribun News