berita

Budak 13 Tahun Hamil 4 Bulan, Jadi Mangsa Rogol Bapa & Abang Tiri

November 28th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Indonesia didakwa menjadi mangsa rogol bapa dan abang tirinya. Lebih mengejutkan apabila kedua-dua suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana teransang dengan video lucah yang ditonton mereka.

Dirogol bapa dan abang tiri

Memetik laporan Tvonenews, perbuatan jijik itu berlaku ketika suspek (bapa tiri) meminta mangsa mengurut kakinya di dalam bilik tidur. Namun secara tiba-tiba, suspek yang berada dalam keadaan meniarap telah menarik tangan mangsa sebelum merogolnya. Tidak terhenti di situ, abang tiri mangsa juga didakwa telah merogol remaja itu di dalam kebun getah.

Difahamkan, perbuatan tersebut dilakukan kedua-dua suspek secara berulang kali dari bulan Julai sehingga November 2021. Berikutan daripada itu, mangsa telah mengadu kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat. Menurut sumber, mangsa yang kini hamil empat bulan mengalami trauma yang teruk dan sedang menjalani terapi pemulihan psikologi.

Kedua-dua beranak yang berusia 51 dan 21 tahun itu telah ditahan dibawah akta kes penderaan seksual dan jika sabit kesalahan, mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

Sumber: Tvonenews

SKIP THIS AD ×