berita

‘Budak Jahat Disimpan, Budak Baik Angkat Kaki Keluar…Sampai Kiamat Pun Masalah Buli Tak Akan Selesai’ – Rita Rudaini

November 10th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Rita Rudaini, dilihat tampil memberi pandangan berhubung gejala buli melibatkan murid-murid di sekolah.

Artikel Berkaitan: ‘Campak Anak, Tak Ambil Tahu Pasal Kebajikan….’ – Rita Rudaini Muat Naik Ciri-Ciri Parents ‘Rosak’, Tuju Dekat Siapa Tu?

Gejala buli akan timbulkan masalah

Menurut Rita, gejala buli ini akan menimbulkan masalah yang lebih besar sekiranya tidak dibendung dan terus dipandang remeh.

Sebenarnya di mana-mana sekolah pun ada buli ni. Tak kira sekolah asrama ataupun sekolah harian dan juga kolej2. Saya paling benci apabila orang mempunyai mentaliti apabila diajukan masalah macam ni, jawapan yang keluar dari mulut adalah ‘biasalah asrama, tak pernah duduk asrama ke?’.

Jawapan sebegini menunjukkan sikap orang itu malas nak guna otak untuk fikir dan selesaikan sesuatu perkara, sama ada kecil ataupun besar. Masalah tak akan selesai bila sikap pengurusan dan pibg atau muafakat sembunyi bawah karpet hanya untuk menjaga nama baik sekolah. Budak jahat disimpan, budak baik yang akhirnya angkat kaki keluar. Sampai ke kiamat pun masalah buli ni tak akan selesai.

Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata ini, budak-budak yang suka membuli ini wajar dibuang dari sekolah.

Ni sikap sambil lewa dan tidak ada tanggungjawab. Kebanyakan sekarang inilah sikap sesetengah pengurusan sekolah. Belum dikira guru-guru pun sama naik, buli budak-budak, fitnah dan biadab (bukan semua). Nak jaga nama baik sekolah bukan ini solusinya. Buang dan sapu benda-benda yang busuk ni. Kalau nak duduk dalam keadaan bersih. Kalau sikap suka simpan sampah bawah karpet, lama-lama akan membusuk dan berulat.

Pengurusan yang amalkan sikap begini harus di ‘bersih’ kan dulu kerana mereka bukan dari golongan manusia yang ada sikap tanggungjawab pada sesuatu perkara. Bagi saya, kalau tunggak tu elok, nawah sampai ke ekor akan elok. Jangan simpan, buang sahaja sebab ada ramai lagi budak yang betul-betul nak belajar tapi tak dapat peluang.

Di akhir posting, Rita meluahkan rasa syukur apabila sekolah anak-anaknya dipimpin golongan yang berjiwa pendidik, penyayang dan sangat berwibawa.

Semoga ALLAH memberkati semua pendidik dan pelajar di sana.

Sumber: Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×