berita

Budak Tadika Menangis Teresak-Esak, Ibu Bawa Ke Balai Polis Akibat Sering Kacau Kawan

July 9th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Seorang ibu bertindak membawa anaknya ke balai polis kerana kanak-kanak itu berkelakuan nakal ketika di sekolah.

Artikel Berkaitan: Budak Lompat Dari Tingkat Lima, Dipercayai Tak Tahan Dipukul Ibu

Artikel Berkaitan: Dera Anak Kerana Terlalu Nakal, Pasangan Jual Nasi Lemak Ditahan Polis

Polis datang nasihat

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan mereka sedang berada di perkarangan sebuah balai polis dan kanak-kanak tersebut dilihat menangis teresak-esak.

Tindakan wanita itu membawa anaknya ke balai polis adalah sebagai pengajaran kerana kanak-kanak tersebut sering mengganggu rakan-rakannya di sekolah.

Upah selalu kacau orang dekat sekolah. Ummi betul-betul bawa pergi balai.

Ummi dah stress dah 100 kali minta maaf tak nak buat lagi, tengok esok kalau buat lagi kita hantar balik.

Turut kelihatan di dalam video tersebut adalah seorang pegawai polis yang datang menasihati kanak-kanak tersebut.

Jadi budak baik, berdosa nanti masuk neraka tuhan marah.

‘Bagus cara macam ini’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita berkenaan kerana berusaha mencari cara untuk menggubah anaknya untuk menjadi orang yang lebih baik sedangkan ramai ibu bapa yang lain hanya membiarkan sikap nakal anak mereka.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×