berita

Dera Anak Kerana Terlalu Nakal, Pasangan Jual Nasi Lemak Ditahan Polis

June 25th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Hanya kerana terlalu nakal, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun teruk didera oleh bapa tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di  Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Ibu Dera & Kurung Anak Dalam Sangkar Anjing, Disyaki Cuba Membunuh

Bapa tiri positif dadah

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Berita Harian, kanak-kanak itu walau bagaimanapun, berjaya diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membuat pemeriksaan terhadap rumah berkenaan selepas menerima aduan daripada jiran mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, memaklumkan pihaknya sudah pun menahan ibu kandung serta bapa tiri kepada mangsa.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis ke lokasi pada kira-kira jam 8 malam lalu menahan ibu kandung mangsa berusia 35 tahun dan bapa tiri berusia 37 tahun.

Pemeriksaan ke atas mangsa mendapati terdapat beberapa kesan lebam dan rotan di kaki serta pipi.

Mangsa adalah anak tunggal suspek wanita dan kemungkinan didera antara seminggu atau dua minggu lalu berdasarkan kesan kecederaan mangsa yang masih baharu.

Menurut Shuhaily lagi, hasil siasatan mendapati suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine, manakala isterinya negatif.

Kanak-kanak tersebut kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pasangan terbabit telah pun ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×