Penyanyi, Syafeek Ikhwan tampil dengan single terbaharunya berjudul Pernah Mati-Matian, sebuah lagu yang dihasilkan sepenuhnya daripada sentuhan kreatifnya sendiri sebagai pencipta karya.

Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Jadi Peserta Paling Berusia, Umur 37 Bukan Penghalang Bersaing Dengan Gen-Z

Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Ambil Semangat Juara Nadeera

Lagu ditujukan buat bekas kekasihnya

Lagu ini dilancarkan pada akhir November lalu, mengajak pendengar merasai emosi tulus seorang insan yang pernah memberikan sepenuh hati dalam hubungan, tetapi berakhir dengan kekecewaan.

Syafeek Ikhwan atau nama penuhnya Muhammad Syafeek Ikhwan Ghazali, 37, menjelaskan bahawa lagu ini asalnya ditujukan khas buat bekas kekasihnya ketika mereka masih menjalinkan hubungan, namun segalanya berakhir sebelum karya tersebut sempat disempurnakan.

Lagu ini diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya dalam membantu seseorang yang berdepan ketidakstabilan emosi, dan penghasilan karya ini bukan sahaja memaparkan kesedihan, tetapi juga berfungsi sebagai terapi buat dirinya.

Tatu hanyalah elemen seni

Isu visual lagu Pernah Mati-Matian yang menampilkan Syafeek tanpa baju, bertatu, dan berada di dalam ‘bathtub’ menarik perhatian ramai.

Sayfeek menegaskan ia bukan gimik murahan, sebaliknya ekspresi artistik yang mencerminkan detik rapuh dan perasaan ‘hilang diri sendiri’.

Apabila seseorang berada dalam fasa paling gelap hidupnya, tiada apa lagi yang boleh disorok. Visual itu ialah metafora kepada keadaan saya pada waktu itu.

Ia perlu raw dan jujur supaya audien benar-benar merasai apa itu ‘Pernah Mati-Matian’

Tatu yang terlihat hanyalah elemen seni, dan dia sentiasa sedar serta menjaga batas sebagai seorang Muslim.

Pemilihan ‘bathtub’ melambangkan fasa kehidupannya di mana dia berasa hanyut, lemas, dan hampir kehilangan identiti.

Melodi lagu disusun sendiri ketika dia mengasingkan diri di bilik mandi selama lebih tiga jam, menjadi inspirasi utama karya ini.

Mengenai kecaman di media sosial, Syafeek mengakui reaksinya kini lebih matang berbanding beberapa tahun lalu. Gambar promosi lagu tersebut hampir mencecah 100,000 interaksi di platform X, menandakan karya ini mula diberi perhatian ramai.

Orang berhak memberi pandangan. Saya hanya mahu pastikan lagu ini sampai kepada pendengar.

Fasa saya terkesan dengan hentaman netizen sudah berlalu. Dengan sokongan keluarga dan peminat setia ‘GengSyafeek’, saya lebih kuat sekarang.

Lagu ini tidak berkait dengan karya terdahulu kerana menceritakan kisah individu berbeza.

Walaupun bersedia membuka hati untuk insan baru, Syafeek kini lebih berhati-hati dalam soal percintaan.

Syafeek berharap pendengar memberi peluang kepada lagu ini, kerana genre galau masih mendapat tempat dalam industri muzik tempatan.

Saya harap ramai yang dapat mendengarkan ‘Pernah Mati-Matian’ walau sekali.

InsyaAllah selepas itu ia akan masuk ke playlist wajib mereka.

Buat insan yang pernah menjadi inspirasi lagu ini, saya berharap dia tahu bahawa karya ini lahir daripada kisah kami berdua.