berita

Buka Cawangan Ke-26, MBO Cinemas Beri ‘Pengalaman Baru’ Menonton Wayang Buat Warga Kuantan

October 25th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Buat warga Kuantan dan kawasan Pantai Timur, apa aktiviti korang kalau hari minggu? Takkan duduk rumah je?

Apa kata berhibur menonton filem terbaru sebab MBO Cinemas (MBO) dah bukak cawangan ke-26 di Kuantan City Mall baru-baru ni! Wow! Terdapat 6 skrin standard di samping 3 ‘skrin istimewa’, menjadikan 9 jumlah dewan pawagan boleh dinikmati 1328 penonton dalam satu-satu masa. Besar jugak kan?

Nak tau apa ‘skrin istimewa’ yang ditawarkan MBO? Haa, itu maknanya korang boleh enjoy 3 konsep tontonan yang unik dari jenis hall berbeza antaranya MBO Kecil, MBO Big Screen dan MBO MX4D. Memang enjoy habis dengan yang tersayang!

Pengarah Operasi MBO Cinemas, Mariam Yazmin El Bacha berkata tawaran unik di Kuantan City Mall ini pasti akan memberi pengalaman sinematik baru buat penonton.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa konsep baru ini akan membolehkan penonton di Kuantan memilih bagaimana mereka mahu menonton filem. Mereka bersama seluruh keluarga akan merasai pengalaman lebih baik dengan teknologi terkini,” katanya.

Apa itu MBO Kecil, MBO Big Screen dan MBO MX4D?

MBO Kecil adalah sebuah dewan konsep baharu yang berfungsi sebagai ruang khusus untuk ibu bapa dan anak-anak dari semua peringkat umur dan saiz pertama seumpamanya di Malaysia! Dengan elemen seperti Sofabed Kecil, bean bag dan taman permainan di dalam pawagam, MBO cuba mengubah cara keluarga berinteraksi dengan filem.

Lepas ni, anak-anak korang boleh main lari-lari masa tengok wayang!

Tak kisah lah kalau anak kecil korang kerap menangis dan suka berlari sana-sini, bila diorang nampak bean bag yang selesa kat dalam tu, mesti diorang suka dan terus duduk diam! Sambil tu, mak bapak boleh enjoy baring kat sofa bed. Anak-anak pun boleh lari-lari dalam tempat bermain yang dibina khas dalam pawagam..

Lampu dalam MBO Kecil pun diperbaharui supaya lebih terang bagi memudahkan ibu bapa mengawasi anak masing-masing. Lepas tu, audio pun diperhaluskan supaya ibu bapa dan anak dapat dengar suara antara satu sama lain. Wah, bagusnya!

MBO Big Screen pula dikhususkan buat korang yang gila tengok wayang. Ia dilengkapi teknologi canggih terkini kerjasama dengan BARCO. Projektor RGB laser utama mereka yang pertama seumpamanya di Malaysia, membawa kualiti imej canggih ke skrin besar dengan kecerahan terbaik, kontras tinggi dan prestasi warna unggul.

Berbanggalah kerana skrin baru di Kuantan City Mall adalah layar terbesar di Pantai Timur malah digabungkan dengan sistem suara DOLBY ATMOS yang realistik! Wow!

Tak cukup dengan itu, MBO turut menawarkan dewan pawagam MBO MX4D EFX buat penduduk Kuantan yang dilengkapi teknologi canggih supaya korang boleh merasai kesan khas seperti salji, buih, ledakan udara, angin, penggeletek leher, aroma, pencahayaan eksklusif dan kabus. Biar betul?

Ia adalah yang PERTAMA diperkenalkan di Malaysia untuk korang supaya dapat merasai pengalaman menonton wayang paling syok selama ni!

Kalau korang nak tau, teknologi MX4D juga dilengkapi kerusi MX4D EFX yang membolehkan korang terasa seperti bergerak dan merasai kesan khas antaranya bumbler, ledakan air dan udara, seat popper, back poker dan penggeletek kaki. Hebat kan?

Nak makan sambil tengok wayang? Bukan makan biasa-biasa tau!

Waktu menonton wayang tak sah kalau mulut tak mengunyah kan? MBO di Kuantan City Mall turut memperkenalkan Cafecito, konsesi jualan unik baharu bertemakan coffeehouse yang menyajikan minuman mewah dan makanan ringan. Macam-macam boleh beli kat situ! Tapi, kalau nak popcorn jugak, ia masih dijual seperti biasa. Jangan risau!

Tunggu apa lagi? Jom rasai dan nikmati detik pengalaman menonton wayang paling best kat MBO di Kuantan City Mall dengan keluarga dan rakan-rakan hujung minggu ni. Selamat menonton!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×