Pelakon jelita Anzalna Nasir tampil memberikan respon susulan dia dan suami, Hanif Zaki dilihat tidak lagi menjadi antara barisan duta untuk sebuah jenama fesyen terkenal pada tahun ini.

Artikel Berkaitan: ‘Perkahwinan Bukan Semata Tentang Harta’ – Anzalna Nasir Respon Netizen ‘Impress’ Dapat  Suami Kaya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Anzalna Nasir Selamba Minum Susu Sambil Baring Atas Salji – ‘Mummy Layankan, Tidur Alas Beg Gucci’

Penjelasan Anzalna

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, menjelaskan mengenai perkara terbabit selepas timbul pelbagai andaian.

Menurut Anzalna, pemilihan duta adalah hak bagi sesebuah jenama untuk menentukan individu yang sesuai mempromosi produk atau barangan mereka.

Bagaimanapun, Anzalna memaklumkan kerjasama yang pernah terjalin sebelum ini tetap memberikan pengalaman yang berharga untuknya.

Pada akhirnya ia merupakan pilihan jenama tersebut untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mereka mahukan.

Kami mempunyai pengalaman yang baik ketika bekerjasama dengan mereka tahun lalu.

Sementara itu, ibu kepada dua orang anak ini menzahirkan rasa syukur apabila dia masih dipilih sebagai duta untuk jenama-jenama yang lain.

Alhamdulillah, pada tahun ini kami berkolaborasi dengan jenama-jenama lain dengan tawaran yang lebih baik, dan kami amat bersyukur atas peluang tersebut.

Sumber: Threads