
Pelakon Saidah Kamarudin memaklumkan dia tidak pernah berniat untuk mengaibkan bekas tunangnya yang juga aktor Muntazar Ghufran.
Artikel Berkaitan: ‘Sakit Sebab Dalam Akaun Bank Ada RM500’ – Muntazar Ghufran
Artikel Berkaitan: Saidah Kamarudin Dakwa Ex Tunang ‘Hack’ TikTok – ‘Jangan Cabar Saya’
Penjelasan Saidah
Menerusi temu bual bersama Melodi, Saidah atau nama lengkapnya Nur Saidah Kamaruddin memberitahu, mereka sebelum ini memutuskan tali pertunangan dengan cara baik, namun dia tidak mampu lagi menahan sabar apabila Muntazar didakwa menggodam akaun TikTok miliknya.
Saya langsung tak berniat untuk mengaibkan sesiapa kerana kami putus dengan cara baik dan sudah bermaaf-maafan. Kami berdua pun ada salah masing-masing.
Isu ini bermula apabila dia godam akaun TikTok saya dan komen di sesi siaran langsung kawan saya dengan mengatakan saya ambil pil sebab saya stress dan tak boleh move on. Katanya saya menyesal maki dia dan nak kembali semula, namun itu semua tak betul.
Dia juga guna akaun saya dan kononnya meninggalkan komen meminta maaf kepadanya seolah-olah saya yang bersalah.
Apa hak dia untuk buat macam tu? Kita pun dah selesaikan elok-elok sebelum ini. Kalau saya nak bercerita dah lama..dari bulan 10.
Bukan niat saya nak mengaibkan, tapi saya terpaksa cerita untuk pertahankan diri saya.
Bagaimanapun, aktres berusia 29 tahun itu memohon maaf dan mengakui khilafnya berhubung kenyataan sebelum ini.
Apa yang menyebabkan saya keluarkan kenyataan itu kerana saya tidak mampu mengawal emosi dan saya sudah lama simpan. Itu memang silap saya dan saya mohon maaf.
Saya dah lama move on dan saya tak tahu apa lagi yang awak mahukan sebenarnya.
Ini melibatkan fitnah dan tuduhan tidak berasas. Dalam live dia sendiri dia kata dia masuk dalam akaun TikTok saya.
Mohon hentikan
Justeru, Saidah memohon agar Muntazar segera menghentikan isu tersebut kerana dia sudah pun meneruskan kehidupan yang baru selepas perpisahan mereka.
Saya cuma nak semua ini dihentikan sebab Muntazar yang mulakan. Kalau awak tak godam TikTok saya, saya takkan buat begini.
Banyak lagi video-video yang saya simpan tapi saya tak nak tunjuk.
Saya dah penat sebab dah lama move on dan saya harap awak pun begitu.
Terdahulu, Saidah mendakwa perkahwinannya dengan Muntazar terbatal kerana pelakon itu hanya mempunyai simpanan sebanyak RM500 sahaja.
Imbas kembali, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan Muntazar pada Mei tahun lalu.
Namun, ikatan pertunangan tersebut terlerai apabila Muntazar mengesahkan mereka sudah putus tunang pada Oktober tahun sama.
Sumber: Melodi