berita

‘Bukan Saya Puncanya..’ – Terpalit Punca Cerai Anak, Ibu Fizo Luah Rasa Terkilan & Sedih

July 19th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim menemui titik noktah apabila mereka sepakat untuk bercerai talak satu pada 10 Julai lalu. Desas-desus keretakan hubungan mereka bertiup kencang apabila mereka dikatakan menyambut Aidilfitri berasingan sebelum ini.

Pelbagai spekulasi mula timbul mengenai punca perceraian mereka antaranya Mawar dikatakan pernah memberi bayangan mempunyai masalah dengan keluarga mentuanya sehingga menyebabkan keputusan itu berlaku.

Sudah 6 bulan tak tinggal dengan anak menantu

Ibu Fizo, Hasnah Jidin menafikan kononnya dia menjadi punca perceraian Fizo-Mawar, seperti yang didakwa sesetengah pihak. Menurut Hasnah, sebagai ibu sudah tentu dia tidak mahu anak dan menantu berpisah lebih-lebih lagi mereka mempunyai cahaya mata.

Ibu mana yang mahu anak mereka bercerai? Apatah lagi mereka mempunyai anak. Saya selalu nasihatkan supaya bersabar dan jangan bercerai. Walaupun orang kata dia anak mak, tapi saya tak pernah hasut yang bukan-bukan.

Apabila timbul cerita mengatakan saya punca perpisahan mereka, rasa terkilan dan sedih sangat. Bukan saya puncanya.

Selama ini, hubungan kedua keluarga baik saja. Malah, saya dengan Mawar pun baik. Kalau nak tahu, sudah enam bulan saya tidak tinggal bersama mereka.

Tinggal dengan Fizo sejak bujang

Tambah Hasnah dalam satu sidang media siang tadi itu, walaupun tinggal bersama Fizo sekeluarga, dia tidak membebankan mereka. Malahan, dia turut menjaga Mawar sepanjang berpantang tanpa sebarang masalah.

Walaupun saya duduk dan tinggal bersama mereka, tapi tak pernah nak menyusahkan sesiapa. Dalam rumah tak pernah buatkan Mawar susah. Mawar pun baik orangnya.

Semasa dia bersalin dan dalam tempoh pantang, saya yang menjaganya dan saya pun menjaga cucu. Pendek kata semuanya okey dan tak ada masalah.

Ujar Hasnah lagi, dia sudah tinggal bersama anak lelakinya itu sejak Fizo bujang lagi dan mengakui pelakon itu menjaganya setelah kehilangan suami.

Apabila timbul isu ini, saya tak tahu nak kata apa. Bukan macam itu. Mungkin ramai tak tahu, sebelum Fizo berkahwin lagi kami sudah tinggal bersama. Malah, dia yang banyak menjaga saya selepas kematian suami.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.