berita

Bukan Sekadar Kad Raya, Kanak-Kanak 11 Tahun Ini Siap Offer Nak Bekerjasama Dengan Dr Zulkifli

May 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru viral di media sosial mengenai satu kiriman kad dan kuih raya daripada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang diberikan khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Kiriman tersebut telah dikongsikan oleh Dr Zulkifli dalam laman Facebooknya sehingga mendapat pelbagai respon positif daripada netizen.

Kiriman kad dan kuih raya

Terima kasih anakanda Nadzrul Zarfan untuk kiriman kad raya dan hadiah kuih-muih. Pakcik amat terharu dengan surat anakanda. Pakcik akan ingat nasihat dan pesan anakanda. Siap ada pantun “Pecah kaca, pecah gelas. Lepas baca, harap balas.” Insya-Allah nanti pakcik balas kad raya anakanda Nadzrul sekeluarga ni.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menerusi laman Facebooknya meluahkan rasa terharu selepas menerima kad dan kuih raya daripada Nadzrul Zarfan Sharul Azly. Dalam kapsyen yang ditulis, Dr Zulkifli turut berterima kasih atas ingatan dan nasihat yang diberikan oleh kanak-kanak ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kehadapan YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri. Apa khabar? Saya harap Datuk dan keluarga sihat walafiat. Saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kesempatan itu, adik Nadzrul Zarfan mengucapkan tahniah kepada Dr Zulkifli atas pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dia juga turut mendoakan agar urusan Dr Zulkifli dipermudahkan dalam menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan lebih-lebih lagi ketika negara sedang dilanda Covid-19.

Sementara itu, Nadzrul sempat menasihati Dr Zulkifli untuk mendapatkan rehat yang cukup dan menjaga kesihatan diri.

Hasrat bekerjasama dengan Datuk

Nadzrul turut meluahkan hasratnya untuk berkolaborasi dengan Dr Zulkifli untuk menghasilkan buku Bayyan Linnas versi komik untuk kanak-kanak di mana ianya secara tidak langsung mampu menarik minat kanak-kanak dalam menuntut ilmu agama. Konsep komik yang diketengahkan adalah lebih santai, menarik dan paling penting mudah difahami.

Sumber: Datuk Dr Zulkifli  Mohamad Al Bakri

SKIP THIS AD ×