berita

[VIDEO] ‘Cerita Malaysia Sangkut Stetoskop Pun Tak Betul’ – Dr. Zulkifli Puji Drama Korea Sarat Ilmu

June 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memuji drama yang dihasilkan oleh produksi Korea kerana penuh manfaat dan ilmu.

Artikel Berkaitan: Puasa Batal Ke Kalau Air Hujan Masuk Mulut Masa Naik Motor? Jawapan Dr Zulkifli Cuit Hati Netizen

Artikel Berkaitan: Gadis Tanya Dr. Zulkifli Orang Islam Kalau Meninggal Jadi Zombie Dikira Mati Syahid Atau Tidak

Beza drama Korea & Malaysia

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Dr. Zulkifli berkongsi beliau pernah menonton sebuah drama Korea yang mengisahkan tentang seorang peguam autisme. Menurutnya, drama tersebut sangat menarik sehingga dia sanggup menonton walaupun ada kekangan masa.

Saya tak ada masa tapi kalau saya minat saya akan tengok untuk saya dapat maklumat. Saya baru-baru ini tengok cerita peguam autism. Bagus.

Dalam pada itu, Dr. Zulkifli mengkritik sesetengah drama tempatan yang tidak menitik beratkan perincian di dalam drama yang dihasilkan.

Bila mereka buat cerita itu mereka ‘study’. Cerita orang Malaysia berlakon jadi doktor, kadang-kadang stetoskop pun tak betul. Istilah-istilah doktor pun tak tahu, tapi buat berlagak.

Agamawan itu kemudian membandingkan penghasilan drama Korea yang sering melakukan kajian secara serius terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran.

Mereka buat dengan teliti kalau sakit apa-apa pun, jenis penyakit, jenis kanser, ubat apa.. mereka akan rujuk pada pakar. Mereka kalau buat perundangan, mereka akan rujuk badan perundangan akta berapa, undang-undang apa..jadi bila orang tengok orang akan dapat ilmu.

@media_albakri

Kenapa cerita korea menarik dan mudah dihayati oleh semua orang #albakri #drzulkiflialbakri #Drzulkifli #tgdz #dramakorea #kdrama

? original sound – Media_AlBakri – Media_AlBakri

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×