Pelakon, Sharifah Rose memberitahu dia ingin memiliki pasangan hidup seperti wanita lain. Namun, hal tersebut bukanlah menjadi fokus utamanya pada saat ini.
Saya masih ‘single’
Menurut Sharifah Rose, 24, dia terlalu sibuk mengejar kerjaya menyebabkannya tidak berkesempatan mempunyai kekasih atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.
Saya masih ‘single’ dan tak menjalinkan hubungan istimewa dengan sesiapa. Setakat kawan biasa adalah. Kalau nak kata cinta lokasi, itu pun tidak wujud. Selesai penggambaran, saya terus pulang ke rumah.
Saya selesa berkawan dengan sesiapa sahaja, sama ada hero, rakan artis mahu kru di lokasi penggambaran. Jika ada beranggapan saya bercinta dengan hero gandingan, ia tidak benar. Mungkin prasangka timbul disebabkan nampak keserasian antara kami.
Tambah Rose, dia akur kehendak takdir sekiranya jodoh sampai awal.
Jika itu takdir yang tertulis, saya terima. Cuma, biarlah lelaki dalam kalangan orang baik-baik. Saya suka lelaki matang, budiman, kacak, mampu membimbing dan stabil daripada segala segi. Dia juga mestilah seorang yang tenang, santai dan tidak suka marah-marah. Paling penting, bukan jenis mudah angkat tangan kepada wanita.
Sumber: Berita Harian